Dalam entry ni, saya nak kongsikan cara mengatasi pengurusan masa yang gagal. Pertama sekali, sebelum mengatasinya, kita mesti tau sebab-sebab kenapa masa susah diurus.
1. Tidak fokus dengan masa
Banyak benda yang bermain di fikiran kita. Facebook, Twitter dan Youtube. Kadang-kadang, kita terfikir nak buat ini, tapi fikiran melayang nak buat benda lain. Cuma ada masa benda-benda ini tak boleh dielak. Contoh, masa kita nak belajar, emak pula suruh kemas rumah. Masa nak siapkan assignment, bf/gf pula bawa dating. Tengah nak buat blog, kawan pula bawa main dota 2.
2. Tidak minat.
Ya lah. Buat benda yang tak minat memang la menyakit kan otak. Macam terpaksa seja jiwa dan raga. Pergi kelas/ sekolah macam nak tak. Itu la asyik terlewat pergi kelas selalu. Apa tidaknya, malam busy berwassap, wechat segala sampai pagi. Tapi apa kan daya untuk masa depan yang cerah juga. Kehidupan seorang pelajar kan.
3. Tabiat / Pengaruh
Haa.. Ini paling susah nak elak. Kalau kita jenis yang terbiasa buat benda last minit dari kecil, biasanya sampai besar pun dah terbiasa. Belum lagi sejak dari kecil lagi kita terbiasa dengar mak bapa. adik beradik, kawan yang juga kaki last minit. Alaa kejap la, awal masih. Lek lah, besok pun boleh buat. Deadline ada dua hari lagi.
4. Kenikmatan Last Minit
Ini tidak dinafikan. Memang best. Apa kebaikan buat benda last minit ni? Cepat siap. Contoh, kerja sekolah untuk cuti sekolah dua minggu besok nak hantar, pergh siap ni hari juga. Kalau tak, besok pinjam kerja kawan sebelah, tak sampai lima minit dah siap. Kalau presentation kena bagi masa dua bulan untuk sedia, besok present, ni hari buat.
Dah tau punca, mesti dah boleh fikir cara penyelesaian. Contoh, tidak fokus, fokus la jalan penyelesaiannya. Tak minat, paksa minat. hmm cakap senang la kan? :P
RAHSIA PENGURUSAN MASA YANG BERKESAN
1. Buat jadual waktu.
Ini susah sikit nak pakai. Macam bagus lagi takpayah buat. Siapa sini yang buat jadual pengurusan masa dan langsung tak tgk pun jadual ni. Ada yang tengok, tapi langsung tak buat. Masalah tu sebenarnya bukan dari jadual waktu. Tapi dari diri sendiri yang tak berdisplin. Aiseh, sentap la.
2. Fokus Yang Penting Dahulu.
Sekiranya kita rasa belajar tu tak penting, buat homework tu tak penting, presentation tu tak penting, exam akhir tahun tak penting, memang kita tak buat pun. Jadikan ia satu kepentingan dan kemestian untuk dibuat baru la dapat disiapkan. Ada pepatah orang barat
" Kalau nak makan beberapa katak, makan yang paling besar dulu "
Maksudnya, buat benda yang penting dulu, yang kurang penting kemudian. Sebab kalau last minit mau makan semua katak sekaligus, memang pecah perut. Walau apapun, ini cuma perumpamaan saja, jangan pula makan katak betul-betul.
Pernah dengar cerita, macamana nak masukkan pasir, guli, batu, dan air dalam balang kaca? Lebih kurang caranya macam tu.
3. Keliling diri anda dengan rakan yang positif.
Ini memang psikologi berkesan untuk diri kita. Menurut kajian, cara pemikiran, pergerakkan dan tingkah laku anda dipengaruh oleh suasana persekitaran anda. Boleh ke korang siapkan kerja dalam bilik yang dipenuhi dengan kawan yang tengah tengok movie dengan volume yang kuat,yang tengah layan jiwang bertelefon dengan kekasih, yang ajak main dota 2 dan kawan suruh besok je la buat keja tu, enjoy dulu. Besok-besok, mampus kelam kabut nak buat. Cuba bayang anda dikeliling dengan kawan yang buat kerja dengan tekun, yang bagi semangat siap tolong buat air kopi, yang bagi kata- kata semangat. Bukan maksud saya nak suruh pulaukan kawan yang negatif. Cuma, kawan yang baik ( sahabat ) ialah kawan yang faham situasi kita. Kawan dan sahabat ni, berbeza tau.
4. Idola / Role model.
Kalau ada role model ni, memang kita bersemangat la untuk urus masa. Tapi jangan pula role model yang bukan-bukan.
KEPENTINGAN PENGURUSAN MASA YANG BERKESAN
1. Kerja seharian yang dibuat, berkualiti
2. Boleh buat benda lain dengan tenang.
3. Mengurangkan masalah sakit jantung akibat stress buat last minit
4. Boleh luangkan masa dengan kawan/keluarga
Walaupun apa kita buat, semua bergantung pada diri sendiri, macamana orang lain nasihat berjam-jam, panjang lebar, kalau tiada ambil peduli, sama seja. Tanamkan dalam diri. BANGUN dan USAHA. Sekiranya perkara tu penting, buat terus, jangan tangguh dan jangan malas.
Sekiranya anda rasa penulisan ini bermanfaat jangan lupa tekan butang like, rekomen di google plus dan share ! Terima kasih :)